Tuesday, February 14, 2012

Resepi Pumpkin Nestum dan Kentang Lecek

Untuk Dijadikan Pedoman


·       Pumpkin Nestum
1.     600 g tepung beras
2.     300 g gula halus
3.     400 g labu segar, direbus hingga empuk
4.     400 g air
5.     200 g susu segar
6.     Nestum
Cara-cara penyediaan
·       Pumpkin Nestum
1.     Labu ditimbang dan dibuang kulit. Setelah itu, labu dibersihkan dan direbus di dalam periuk sehingga labu tersebut menjadi empuk.
2.     Setelah labu menjadi empuk, toskan dan buangkan air. Labu diangkat dan disejukkan sementara sebelum dimasukkan kedalam bekas blender. Blender labu tersebut.
3.     Hasil labu tersebut dimasukkan kedalam bekas. Gula halus dan susu segar dimasukkan kedalam bekas yang mengandungi hasil labu tersebut secara berkala, kacau campuran tersebut sehingga campuran tersebut menjadi sebati. Bilas bekas blender yang mengandungi sisa hasil labu ke dalam campuran tersebut dan kacau sehingga sebati.
4.     Tepung beras dimasukkan kedalam campuran tersebut sedikit demi sedikit sambil mengacau campuran tersebut. Setelah selesai, pindah campuran dalam loyang untuk dikukus dalam periuk kukus selama 40 minit.
5.     Setelah selesai mengukus, biarkan ia sejuk seketika. Pumpkin kukus dipotong dan disiram dengan oat.




·       Kentang Lecek
1.     6 biji kentang yang telah dibuang kulit dan dipotong 4
2.     ½ cawan kecil susu segar + ½ sudu kecil garam
3.     1 sudu besar mentega
4. ¼ sudu serbuk lada hitam


Cara membuatnya:
1.     Kulit kentang dikupas, dibasuh dan dipotong 4. Kentang tersebut direbus sehingga empuk.
2.     Setelah selesai direbus, kentang yang direbus dimasukkan kedalam mangkuk adunan bersama mentega.
3.     Campuran kentang dan mentega diputarkan sehingga halus dengan pemutar kek elektrik sambil memasukkan susu segar dan serbuk lada hitam.
4.     Campuran tersebut diputarkan sehingga sebati. Rasa campuran dipantau untuk memastikan campuran tersebut mempunyai rasa yang sesuai mengikut citarasa tersendiri. Awas!!, jangan meletak susu segar terlalu banyak akan menyebabkan campuran tersebut menjadi cair dan struktur kentang lecek adalah tidak sesuai.


P/S: semua gambar adalah bukan GAMBAR HIASAN..SAYA DAH TRY BUAT DAH ..nie la hasilnya :)

Monday, February 13, 2012

resepi kek batik dan muffin

Untuk Dijadikan Pedoman

Assalamualikum dan salam sejahtera....cuti dah nak berakhirkan ..so apa kata fullfill time korang buat masakan untuk family ...

hari nie saya akan bagi resepi yang paling senang dan mudah untk disediakan ...hurm sape kata masakan nie susah :)

Kek batik


  1. 200 gram mentega
  2. 1 tin susu pekat
  3. 200 g serbuk milo 
  4. 300 g biskut marie
Cara membuat nya:


  1. Biskut marie dipatahkan kepada bahagian yang kecil 
  2. mentega dicairkan.
  3. apabila mentega telah dicairkan, masukkan pula susu pekat sedikit demi sedikit
  4. serbuk milo dituangkan sedikit kedalam campuran metega tersebut, kacau dengan sebati
  5. setelah selesai, campuran milo yang dicairkan bersama dengan susu pekat di gaul bersama-sama biskut marie ..hmm lepas tu masuk la dalam loyang..
  6. lepas tu masuk la dalam peti ais selama satu jam bagi dia keras ...
  7. pas tue boleh la potong..










                                                                        (hasilnyer)
Muffin Coklat
  • 200 g coklat masak 
  • 70 g mentega
  • 50 g gula halus 
  • 60 g tepung gandum 
  • 1 teh sudu serbuk penaik 
  • 2 biji telur
Cara membuatnya...
  1. oven kena panas dulu pada suhu 180 darjah, selama 15 minit
  2. coklat kena masak secara double boil
  3. masuk mentega dan dicampurkan , kacau sehingga mentega dicairkan
  4. dalam mangkuk lain, telur dan gula dimasukkan dan kacau hingga sebati..hmm x payah la sehingga kembang.
  5. tepung gandum dan serbuk penaik diayak dan dimasukkan sedikit demi sedikit sehingga sebati.
  6. Adunan dituankan kedalam bekas nuffin sehingga 1/2 penuh dan dibakar selama 20 minit
  7. Selepas masak, muffin agak lembik , tapi biarkan sekejap dalam 20 minit..muffin akan sejauk dan keras ..kalo lembik jugak..tak payah masuk balik oven sebab mungkin anda terguna sedikit sahaja tepung :P
    yang blah kanan tu kek batik

    Friday, January 6, 2012

    Friday, December 30, 2011

    Selamat Tinggal 2011 & Selamat Datang 2012

    Untuk Dijadikan Pedoman

    Assalamualaikum dan salam satu malaysia...hehe

    hehe..hari ni hari last untuk tahun 2011 dan esok kita nak masuk tahun 2012 ..so apa azam korang?? bagi aku untuk azam 2011 ( aku ingat balik ) aku nak jadi seorang yang penyabar dan tenang dalam menghadapi semua rintangan dan cabaran...memang banyak pun cabaran haih..tapi aku tetap banyak bersabar dengan segala cabaran..

    okay..untuk tahun 2012 ni aku cuma nak berazam untuk "melakukan terbaek bagi semua kerja yang aku buat dan bagi 100% komitment pada kerja" tu la yang aku nak perkatakan...

    Sedikit Highlight untuk 2012 ni untuk diriku :
    a) bakal berakhirnya penantian untuk mendapatkan ijazah sarjana muda farmasi usm insyallah pada bulan 9
    b) kalo ada rezeki join student exchange programme under IPSF
    c) melancong ke langkawi sebelum grad..
    d) bakal dapat kerja kat hospital pada bulan 11


    macam tu la sedikit sebanyak highlight ..tapi kita tak tahu cuma allah sahaja yang menentukan ...semoga tahun 2012 memberi satu kenangan manis kepada ku ...terima kasih 2011 kerana memberi tunjuk ajar dan semangat bagi diriku...